Kelas Multimedia - Video & Advokasi
14 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 13 Januari 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu video dan advokasi. Kelas video ini menggunakan laman web yang dikenali sebagai Powtoon yang dapat membuat video berbentuk animasi menggunakan beberapa elemen seperti latar belakang, watak, teks, bentuk, bunyi, media dan lain-lain lagi. Kelas multimedia ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang diadakan pada bulan lepas.
Selain itu, para peserta telah didedahkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan.
Dalam segmen e-waste (e-sisa) pula, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa, punca dan kesan daripada e-sisa yang tidak berhemah. Mereka turut diberitahu cara-cara untuk menguruskan e-sisa dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: